Masih kukuh di ingatan saya, semasa posting pertama saya, iaitu di. Wad surgery perempuan 5C Hospital Ampang, saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang pesakit yang sangat tabah dan redha atas nasib yang menimpa dirinya.. Cukup tabah dan bersemangat sehingga saya yg tidak sakit ini yang mendapat inspirasi dan motivasi darinya..subhanallah..
Ceritanya begini...
:
last day at surgery ward hospital ampang with HOD, Ms.Aisyah and housemen |
Mencari2 apa- apa prosedur to fill the requirement for this posting.. Atau dengan kata lainnya nak penuhkan log book je..he.
Kalau- kalau ada kena ambik darah, bolehlah saya perform venapuncture.
Masa di awal posting dulu, semua benda saya teruja untuk buat. Kawan yang lain pun sama. Al maklumlah, budak baru belajar la katakan, di samping mengasah skill ambik darah patient.hu.
Sedang saya melilau- melilau mencari mana- mana doktor HO yang sedang membuat prosedur, tiba- tiba ternampak dr.chow sedang mengambil syringe, alcohol swap, gloves, and needle pastu letak dalam kidney dish.
'Ha, ni mesti nak g ambik darah patient ni'.. Detik hati saya. Lalu saya mendekati dr.chua dengan harapan dia akan memberikan peluang kepada saya untuk perform venapuncture. Kalau saya dapat buat prosedur ni, dapatlah isi dalam log book yang saya perform venapuncture dengan bangganya.^_^
"you mau buat ke? " dr.chua meng 'offer' saya, seperti tahu2 saja apa yg bermain di benak saya.
"boleh juga kalau dr.bagi..tapi patient tu senang ke nak ambik darah dia? "
Ingin saya pastikan awal- awal supaya tak la saya mencucuknya 2 3 kali in case patient yang vein nya susah nak nampak atau timbul. Bukan apa, buat kami yg masih belajar ni, seeloknya cuba pilih patient yg senang- senang dulu supaya tak menyakitkan patient kalau 1st time cucuk terus tak dapat.
"em, entahlah. I pun tak sure senang ke tak..kena cuba baru tau maa..." kata dr.chua.
"he.ok dr.. Kalau senang saya wat, tapi kalau susah dr yg buat, ok? " saya deal ngan dr.chua.
Kami ke isolation room untuk mengambil darah pesakit tersebut. Rupanya dia ditempatkan di bed 27. Kebiasaannya pesakit yg dtempatkan di iso room ni pesakit2 yang mempunyai penyakit berjangkit seperti TB, RVD a.k.a HIV, dan yg sewaktu dengannya la. Kadang-kadang pesakit warganegara asing pun diletakkan di sini juga.
Pesakit di bed 27 itu kelihatan sihat saja pada pandangan saya, usianya dalam lingkungan 40 tahun, dan rambutnya sudah sedikit beruban. Dia sakit apa agaknya ye..detik hati saya.
Hai sister..you hari ini apa khabar? Saya mahu ambik darah sket ya... - dr.chua menyapa ramah pesakit itu. Bagus dr.chua, sangat berlembut dengan pesakitnya.
Panggilan sister oleh dr.chua mematikan niat saya untuk mengambil darah pesakit tersebut.
Alamak, sister rupanya patient ni, bukan calang- calang orang ni..saya bermonolog sendirian. Tiba-tiba saya berasa tidak yakin dengan diri sendiri. Mungkin juga kerana pesakit di hadapan saya sekarang adalah seseorang yg lebih arif dan berpengalaman berbanding saya yg baru nak bertatih ni.
Alih- alih, saya hanya menjadi pemerhati sahaja. Saya hanya berdiri di sebelah kiri dr.chua dan mendengar sahaja perbualan antara dr.chua dengan sister tersebut.
Ada drama rupanya yg sedang saya dengar dan saksikan.
"sister..hari tu dah buat colonoscopy kan.. Dan kami pun dah dapat keputusannya. Berdasarkan result hari tu, memang kita dapati ada mass la dekat mucosal wall tu...." dr.chua berhenti sejenak. Saya yg menjadi pemerhati dan pendengar setia terasa berdebar-debar. Jangan la cakap dia ada cancer...oh, tak mungkin!
"kami dah ambik biopsy,...dan keputusannya itu memang cell cancer la sister.." dr.chua. memberitahu berita itu dengan penuh berhati- hati, sambil tangan kirinya memegang tangan sister itu. Mungkin untuk memberi kekuatan barangkali..
Allahurabbi.. She had colon cancer! saya sebak seketika. Terasa macam melihat drama, walaupun hakikatnya saya di alam realiti.
Saya cuba mencari-cari anak matanya, ingin menyampaikan rasa simpati saya dengan hanya pandangan mata. Apa yg membuatkan saya kagum, dia hanya tersenyum, mengangguk tanda faham penjelasan dr.chua. Lansung tidak ada riak kebimbangan atau kesedihan di wajahnya. Cukup tenang! Mungkin inilah contoh hamba ALLAH yg sangat redha dengan ketentuan Tuhannya. Terpancar jelas di wajahnya.
Kalaulah saya....mungkin sudah menangis, paling kurang pun terasa hilang harapan untuk hidup lagi...
Dr.chua menyambung lagi..."tapi apapun, you jangan bimbang, I m sure you dah tau macam mane kita rawat pesakit cancer... Harapan untuk cell cancer tu hilang memg ada..ok sister..
Setelah menyampaikan biopsy and colonoscopy finding kat sister, baru la dr.chua mengambil darah dan apabila siap selesai semuanya, saya mengikuti dr.chua keluar dari iso room tersebut.
Dr.chua terus ke meja kaunter di bahagian tengah, tapi kaki saya masih terpaku di hadapan bilik yg menempatkan sister tadi. Terasa bagai di tarik- tarik untuk masuk semula ke bilik sister tadi dan menemaninya. Tapi untuk apa? Saya bukanlah seorang yg pandai memujuk, apatah lagi memberi semangat kepada orang lain..
Saya berbelah bahagi. Nak masuk ke tidak ye?
Namun langkah kaki saya lebih mendahului tuannya yg masih berkira2 untuk membuat keputusan.
"assalamualaikum sister.. Boleh saya masuk?".. Saya tersenyum sambil menunggu dia memberi izin.
"waalaikumussalam..Masuklah.." sister memandang saya. Raut wajahnya menampakkan dia seorang yg tegas dan bersemangat tinggi..
Saya kelu tiba2. Diam untuk seketika. Nak cakap ape ni..hu..
Em,, sister ok ke? Tanya saya teragak2..
Alhamdulillah..sister ok..kenapa pula sister nak bersedih, Allah dah tetapkan sister dapat sakit ni,jadi sister kena la terima dengan redha.
Dah hampir 50 tahun sister hidup kat dunia ni.. Dah macam2 nikmat Allah bagi kata sister, Allah bagi sister otak yg cerdik, Allah bagi sister wajah yang cantik, anak2, keluarga yg baik, dan yg paling penting Allah bagi sister kesihatan yg baik sebelum ni.
Ujian Allah kat sister sekarang ni kecil nilainya jika nak dibandingkan dengan nikmat2 yg dia dah bagi sebelum ni...
Subhanallah, tabahnya wanita di hadapan saya ini..
Makin tertarik saya untuk mendengar kata-katanya. Bukan senang nak jumpa hamba Allah yg camni..kuat! Tabah! Cekal! Dan yg paling penting, dia redha dengan ketentuaan Tuhan, dan ini dizahirkan melalui kata2nya, peribadinya yg tenang.
"em, ni semya ujian Allah untuk sister.. Hanya orang yg hebat mendapat ujian yg hebat".. saya cuba memberikan semangat walaupun pada hakikatnya pada waktu itu saya yg macam hilang semangat. Rasa tak confident, rendah diri bercampur2...
Tiba2 saya terasa ingin bercakap dari hati ke hati dengan sister. Terasa ingin meluahkan sesuatu, kerana sememangnya saya tengaj down pada waktu itu.
"em, sister..saya ni selalu rasa tak confident dengan diri, rasa rendah diri je..camne saya nak jadi org yang yakin ye? "
"sebab kamu kekurangan ilmu." laju sahaja sister menjawab.
Em, memang saya akui banyak benda lagi yg belum saya tahu dan pelajari., apatah lagi ilmu perubatan yg berganda2 banyaknya. Ada sahaja penemuan baru.
"kalau kamu ada ilmu, ada pengetahuan, kamu akan jadi orang yg yakin. Yakin dengan setiap apa yg kamua cakap, yg kamu buat." sambung sister lagi.
"lagi-lagi kamu akan bekerja di hospital, kamu antara yg betanggungjawab untuk buat keputusan kepada pesakit kamu. Client kamu adalah pesakit, dan pesakit la orang yang paling kamu kena jaga, kena hormat.".
Kamu kena amalkan 10 s dalam kerja kamu nanti.
10s? Ape tu sister? Macam pernah dengar..he..
Kamu tak tahu 10 s? Segera, senyum, salam, sensitif, sopan, sentuh, segak, selia, selidik, dan semangat. Kalau kamu amalkan 10s ni dalam kerja kamu, dengan pesakit-pesakit kamu, insyaAllah kamu akan berjaya.
Saya menganngguk2 tanda faham. Selebihnya saya gembira sebab mendapat sesuatu hari ni.
Motivasi percuma dari sister!
Azan zuhur berkumandang dan sister meminta saya membantunya bangun. Sebelum meminta diri, kami sempat bertukar2 nombor telefon..
Hampir 4 bulan saya tidak mengetahui khabar beritanya, kerana saya di HoSHAS Temerloh. hampir 2 bulan lebih untuk posting surgery dan disambung pula dengan medical posting. Apa khabar agaknya dia ye? Sama ada dia. menjalani rawatan chemo pun saya tidak pasti..
Walau di mana pun sister berada, saya berdoa semoga sister diberi kehidupan dan kesihatan yg baik oleh Allah...
Ada waktu moga Allah mempertemukan kita lagi..insyaAllah.. :-)
Published with Blogger-droid v2.0.4